Sabtu, 3 Disember 2011

Sayyid Ahmad Zaini Dahlan [ 1816 – 1886 ]


Di kalangan penuntut ilmu di pondok atau pesantren, nama Sayyid Ahmad Zaini Dahlan sudah tidak asing lagi. Namanya harum dan masyhur dikalangan mereka kerana sebahagian besar daripada sanad keilmuan para ulama Nusantara (Malaysia, Indonesia dan Fathoni) bersambung kepada ulama besar ini. Dan di kalangan para ulama ianya sangat terkenal sebagai ulama seorang pembela Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam pertembungan dengan Wahabi. Ulama besar ini amat dimusuhi oleh puak Wahabi atau kaum muda. Maka banyak fitnah yang ditaburkan terhadap ulama besar ini agar orang-orang yang jahil macam kita menjauhinya.

Ulama besar inilah yang telah memberi perlindungan kepada Syaikh Muhammad Rahmatullah al-Kiranawi al-Hindi al-‘Usmani (lahir 1226H/1811M, riwayat lain lahir Jumadil Awwal 1233H/9 Mac 1818M, wafat malam Jumaat, 22 Ramadan 1308H/2 Mei 1891M) ketika diburu oleh penjajah British bahkan memperkenalkan kepada pemerintah Makkah. Seterusnya memberi laluan untuk Syeikh Rahmatullah membuka Madrasah Shaulatiyah.

Sayyid Ahmad Zaini Dahlan adalah merupakan seorang Syeikhul Islam, Mufti Haramain dan Pembela Ahlus Sunnah Wal Jama`ah. Berasal dari titihan yang mulia, ahlul bait Rasulullah melalui susur-galur Sayyiduna Hasan, cucu kesayangan Rasulullah. Berdasarkan kepada kitab “Taajul-A’raas”, juzuk 2, mukasurat 702 karya al-Imam al-’Allaamah al-Bahr al-Fahhamah al-Habib ‘Ali bin Husain bin Muhammad bin Husain bin Ja’faar al-’Aththaas.
Nasabnya adalah seperti berikut:-

Al-Imam al-Ajal wal-Bahrul Akmal Faridu ‘Ashrihi wa Aawaanihi Syeikhul-Ilm wa Haamilu liwaaihi wa Hafidzu Haditsin Nabi s.a.w. wa Kawakibu Sama-ihi, Ka’batul Muriidin wa Murabbis Saalikiin asy-Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan bin Ahmad Dahlan bin ‘Utsman Dahlan bin Ni’matUllah bin ‘Abdur Rahman bin Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Utsman bin ‘Athoya bin Faaris bin Musthofa bin Muhammad bin Ahmad bin Zaini bin Qaadir bin ‘Abdul Wahhaab bin Muhammad bin ‘Abdur Razzaaq bin ‘Ali bin Ahmad bin Ahmad (Mutsanna) bin Muhammad bin Zakariyya bin Yahya bin Muhammad bin Abi ‘Abdillah bin al-Hasan bin Sayyidina ‘Abdul Qaadir al-Jilani, Sulthanul Awliya` bin Abi Sholeh Musa bin Janki Dausat Haq bin Yahya az-Zaahid bin Muhammad bin Daud bin Muusa al-Juun bin ‘Abdullah al-Mahd bin al-Hasan al-Mutsanna bin al-Hasan as-Sibth bin Sayyidinal-Imam ‘Ali & Sayyidatina Fathimah al-Batuul.

Menurut riwayat, Sayyid Ahmad Zaini Dahlan lahir di Makkah pada 1232H/1816M. Selesai menimba ilmu di kota kelahirannya, ia lantas dilantik menjadi mufti Mazhab Syafi‘i, merangkap Syeikh al-Haram iaitu “pangkat” ulama tertinggi yang mengajar di Masjid al-Haram yang diangkat oleh Syeikh al-Islam yang berkedudukan di Istanbul, Turki.

Beliau sangat masyhur, dan daripada kemasyhuran inilah maka beliau diberi pelbagai gelaran dan julukan antaranya al-Imam al-Ajal (Imam pada waktunya), Bahrul Akmal (Lautan Kesempurnaan), Faridu ‘Ashrihi wa Aawaanihi (Ketunggalan masa dan waktunya), Syeikhul-Ilm wa Haamilu liwaaihi (Syeikh Ilmu dan Pembawa benderanya) Hafidzu Haditsin Nabi - Shallalahu ‘Alaihi wa Sallam - wa Kawakibu Sama-ihi (Penghafal Hadits Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dan Bintang-bintang langitnya), Ka’batul Muriidin wa Murabbis Saalikiin (Tumpuan para murid dan Pendidik para salik).

Murid beliau Sayyidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi dalam “Nafahatur Rahman” antara lain menulis:-

“Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan hafal al-Qur`an dengan baik dan menguasai 7 cara bacaan Qur`an (7 qiraah). Beliau juga hafal kitab “asy-Syaathibiyyah” dan “al-Jazariyyah”, dua kitab yang sangat bermanfaat bagi pelajar yang hendak mempelajari qiraah 7. Kerana cinta dan perhatiannya pada al-Qur`an, beliau memerintahkan sejumlah qari untuk mengajar ilmu ini, beliau khuatir ilmu ini akan hilang jika tidak diajar terus.”

Murid-muridnya

Di antara ulama-ulama Nusantara yang pernah berguru dengan ulama besar ini ialah:-
  • Kiyai Nawawi Banten
  • Kiyai Muhammad bin Abdullah as-Shuhaimi
  • Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni menurut satu riwayat
  • Kiyai Muhammad Saleh Darat
  • Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif bin Abdullah al-Minankabawi
  • Sayyid Utsman Betawi
  • Tuan Hussin Kedah
  • Syeikh Ahmad Yunus Lingga,
  • Sayyid Abdullah az-Zawawi, Mufti Syafiiyyah, Mekah,
  • Datuk Hj Ahmad Ulama Brunei,
  • Tok Wan Din, nama yang sebenar ialah Syeikh Wan Muhammad Zainal Abidin al-Fathoni,
  • Syeikh Abdul Qadir al-Fathoni (Tok Bendang Daya II),
  • Syeikh Abdul Hamid Kudus,
  • Kiyai Muhammad Khalil al-Maduri,
  • Haji Utsman bin Abdullah al-Minankabawi, Imam, Khatib dan Kadi Kuala Lumpur yang pertama,
  • Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani,
  • Syeikh Muhammad al-Fathoni bin Syeikh ‘Abdul Qadir bin ‘Abdur Rahman bin ‘Utsman al-Fathoni
  • Tuan Kisa-i’ Minankabawi [atau namanya Syeikh Muhammad Amrullah Tuanku Abdullah Saleh. Beliau inilah yang melahirkan dua orang tokoh besar di dunia Melayu. Yang seorang ialah anak beliau sendiri, Dr. Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah. Dan yang seorang lagi ialah cucu beliau, Syeikh Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)]
  • Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus (Tok Ku Paloh)
  • Syeikh Utsman Sarawak [gambar bawah - kanan]
  • Syeikh Abdul Wahab Rokan dan ramai lagi.

Selain itu ramai ulama di Nusantara yang bersambung sanad keilmuan mereka kepada murid kepada Sayyid Ahmad Zaini Dahlan iaitu Sayyid Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi dan Syeikh Ahmad al-Fathoni. Bahkan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni juga merupakan murid kepada Sayyid Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi. Dan murid kepada Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni yang bertebaran di seluruh pelusuk Nusantara sangatlah banyaknya.

Karangan

Sayyid Ahmad Zaini Dahlan adalah seorang ulama yang produktif Selain melahirkan para ulama beliau beliau juga menghasilkan karangan amatlah banyaknya antaranya adalah:-

  1. al-Futuhatul Islamiyyah;
  2. Tarikh Duwalul Islamiyyah;
  3. Khulasatul Kalam fi Umuri Baladil Haram;
  4. al-Fathul Mubin fi Fadhoil Khulafa ar-Rasyidin;
  5. ad-Durarus Saniyyah fi raddi ‘alal Wahhabiyyah;
  6. Asnal Matholib fi Najati Abi Tholib;
  7. Tanbihul Ghafilin Mukhtasar Minhajul ‘Abidin;
  8. Hasyiah Matan Samarqandi;
  9. Risalah al-Isti`araat;
  10. Risalah I’raab Ja-a Zaidun;
  11. Risalah al-Bayyinaat;
  12. Risalah fi Fadhoilis Sholah;
  13. Shirathun Nabawiyyah;
  14. Mukhtasor Jiddan, Syarah Ajrumiyyah;
  15. Fathul Jawad al-Mannan;
  16. al-Fawaiduz Zainiyyah Syarah Alfiyyah as-Sayuthi;
  17. Manhalul ‘Athsyaan;
Setelah menaburkan jasanya di Makkah, Saiyyid Ahmad bin Zaini Dahlan al-Hasani berangkat ke kota Madinah, kerana suasana di kota Makkah kurang aman dan beliau wafat di kota Madinah pada 1304H/1886M dan dimakamkan di sana. Semoga Allah sentiasa mengasihi dan merahmati Sayyid Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani.

Disusun kembali dari: "http://sufisme.890m.com/wordpress/sayyid-ahmad-zaini-dahlan/ \o "Back to Top"

 

Maklumat lanjut lihat : "http://bahrusshofa.blogspot.com/2005/12/nasab- syaikhul -islam-sayyidi-ahmad.html"

Syeikh Abdul Qadir al-Arna'ut ( 1928 - )

Syeikh Abdul Qadir Al-Arna'ut rahimahullah dilahirkan di Frila, di kawasan Balkan (saat ini Kosovo, yang dihuni etnik Albania dan sedang berusaha upaya memisahkan diri dari republik Serbia), pada tahun 1347H ( 1928M ), kemudian hijrah bersama ayahandanya ke Damaskus saat beliau masih berusia 3 tahun. Hijrah tersebut bagi kaum Muslimin di sana merupakan upaya menyelamatkan diri dari penindasan kaum atheis komunis. Di Damaskus, ia mendapatkan suasana yang kondusif dan tinggal di sana melewati hari-hari yang diberkahi. Namun demikian, beliau pun terus menjaga hubungan dakwahnya dengan negeri asalnya.

Beliau dikenal dengan nama Abdul Qadir al-Arna`uth. Hanya saja, nama aslinya dalam identitas diri adalah Qadri Shauqel Abdoe. Al-Arna`uth merupakan penisbatan yang diberikan para khalifah Utsmaniah kepada para penduduk di pinggiran negara Albania.

Perkembangan Ilmiah Dan Guru-Gurunya;

Syeikh al-Arna`uth tumbuh di Damaskus sedangkan ayahandanya adalah seorang rakyat biasa yang mencintai ilmu. Ia menyerahkan al-Arna`uth kecil kepada beberapa pengajian Syaikh. Di awal pertumbuhannya, ia belajar Mabadi` al-Funun kepada Syaikh Shubhi al-‘Aththar dan Sulaiman Ghawidji al-Albani (ayahanda syaikh Wahbi) di perkampungan Arna`uth di Damaskus. Kemudian ia bekerja sebagai tukang jam di kelontong milik Syaikh Sa’id al-Ahmar di kampung Emara. Syaikh al-Ahmar ini merupakan seorang ulama jebolan universitas al-Azhar. Al-Ahmar kagum dengan kecerdasan al-Arna`uth, lalu berkata kepada ayahandanya, “Anakmu ini harus menjadi seorang penuntut ilmu.” Karena pesan itu, al-Arna`uth bergabung dengan pengajian Syaikh Shalih al-Farfur di Jami’ Umawi. Para rekannya ketika itu adalah Syaikh Abdur Razzaq al-Halabi, Ramzi al-Bazm, Adib al-Kallas dan Syu’aib al-Arna`uth (Peneliti hadits terkenal juga).

Melihat Syaikh kita ini amat menonjol dalam membaca al-Qur`an sesuai dengan ilmu tajwidnya, maka ia pun membacakan kepada para temannya tersebut dan mengajarkan mereka ilmu tajwid. Kemudian ia terus meningkatkan keilmuannya hingga membaca di hadapan Syaikh al-Qurra`, Mahmud Faiz ad-Dir’athani dan mengkhatamkan bacaan al-Qur`an ala Qira`at Hafsh. Gurunya ini amat suka dengan bacaan dan makhraj Syaikh kita yang demikian bagus. Suatu hari ia berkata kepadanya, “Bacaanmu lancar.” Gurunya itu berupaya agar ia terus bersamanya untuk menggabungkan Qira`at, namun Syaikh kita lebih memilih untuk meninggalkan tempat mengaji itu dan menimba ilmu hadits.

Perlu disinggung di sini, sebahagian orang yang memuat biografi Syaikh kita ini sering menyebutkan bahwa ia belajar dengan Syaikh Abdur Razzaq al-Halabi. Ini tidak benar, sebab mereka berdua adalah berteman sejak awal menuntut ilmu.

Syeikh kita tidak meraih satu pun tanda tamat, yang dikenal di zaman kontemporer ini dengan ijazah, selain ijazah kelas 5 Ibtidaiyah dari Madrasah al-Is’af al-Khairi di mana beliau belajar di madrasah al-Adab al-Islami selama dua tahun.

Syeikh kita terus menuntut ilmu, muthala’ah dan berdakwah. Allah SWT menganugerahkannya hafalan yang kuat sehingga dapat digunakannya untuk menerima ilmu dan menghafal. Beliau menggunakan waktu selama di Dar al-Maktab al-Islami milik Syaikh Zuhair asy-Syawis untuk mengambil manfaat dengan mendampingi al-‘Allamah Muhammad Nashiruddin al-Albani rah, Syu’aib al-Arna`uth dan ulama selain keduanya. Beliau juga mengambil manfaat dari hubungannya dengan Syaikh as-Salifiyyin di Syam, Muhammad Bahjat al-Baithar, yang dikenal di semananjung Syam, Hijaz dan Nejd.

Di akhir hayatnya, beliau mendapatkan sebagian ijazah, di antaranya dari Abdul Ghani ad-Daqir dan Syaikh Abdullah bin Abdul Aziz bin ‘Uqail Tadija.

Manhaj Salafi;

Di akhir masa belajarnya dengan Syaikh Shalih Farfur terjadi sedikit masalah di antara keduanya. Intinya, beliau disidang karena dinilai melakukan pelanggaran, iaitu memiliki buku al-Wabil ash-Shayyib karya Ibn al-Qayyim.

Bertanya Syaikh Farfur: Untuk apa kitab itu (maksudnya wabilushShayyib)

al-Arna'uth: Aku membaca pada mukadimahnnya terdapat seratus faidah beserta rinciannya

Farfur berkata: Kamu tahu Ibnul Qayyim itu muridnya siapa?

Al Arna'uth: murid Ibnu taymiyah

Farfur: Bagaimana mungkin kita membaca buku2 ibnu Taymiyah?! Pergi dan bawa kawanmu - yakni Syaikh Syu'aib Al Arna'uth.

Karenanya, Syaikh kita ini diusir dari pengajian karena dituduh menganut paham ‘Wahabi.’ Para temannya pun ikut mengisolirnya. Label ‘Wahabi’ di Damaskus kala itu merupakan tuduhan paling keji yang dilekatkan kepada seseorang bahkan setara dengan kata ‘Zindiq.’!! (Na’udzu billah Min Dzalik).

Ketika itu, Syaikh kita ini belum mengetahui sesuatu pun tentang ‘Wahabiah.’ Akan tetapi setelah kejadian itu dan pergelutan dininya dengan ilmu hadits, terutama setelah mempelajari dan menghafal shahih Muslim serta mendapatkan arahan yang baik dari Syaikh yang diberi usia panjang, Abdurrahman Albani –hafizhahullah-, maka hal itu merupakan sebab langsung perubahannya menjadi seorang Salafi, bahkan ia kemudian menjadi bagian dari kepemimpinannya dan namanya menggaung di seantero Dunia Islam, apalagi di bidang ilmu hadits. Kiranya, sepeninggal Syaikh al-Albani, belum ada ulama yang lebih besar pengabdiannya terhadap ilmu hadits dari syaikh kita ini. Hingga akhirnya, nama beliau diusulkan untuk meraih penghargaan Raja Faishal kategori pengabdian terhadap Islam.

Pekerjaan Dan Rutinnya;

Syaikh kita ini dilimpahi tugas mengimami dan berkhutbah di Jami’ al-Arna`uth di awal usia 20-an. Di sana beliau berkenalan dengan tetangganya, Syaikh al-Albani rah namun belum sempat terjadi kontak ilmiah ketika itu.

Kemudian bersama sejumlah para dermawan, beliau mendirikan Jami’ Umar bin al-Khaththab di kawasan al-Qadam, selatan Damaskus. Di sana, beliau mengimami dan berkhutbah selama sepuluh tahun. Kemudian juga menjadi khatib di Jami’ al-Ishlah di kawasan ad-Dahadil selama sepuluh tahun, kemudian Jami’ al-Muhammadi di al-Muzzah selama delapan tahun. Di sana, pada tahun 1415 beliau berhenti berkhutbah.

Sedangkan dalam bidang pengajaran, maka beliau telah memulainya dengan di pengajian syaikhnya, Shalih al-Farfur dalam ilmu tajwid sebagaimana telah dipaparkan di atas. Kemudian mengajarkan ilmu-ilmu al-Qur`an dan hadits di madrasah al-Is’af al-Khairi -dimana beliau tamat- antara tahun 1373-1380.

Pada tahun 1381, beliau pindah ke al-Ma’had al-‘Arabi al-Islami sebagai pengajar al-Qur`an dan fiqih dan tetap mengajar di sejumlah Ma’had ilmiah di Damaskus hingga sekitar dua tahun, tepatnya di Ma’had al-Aminiah.

Dengan begitu, total masa belajar dengan menimba ilmu di bidang pengajaran, menjadi imam dan khatib beliau jalani selama 50 tahun. Semua itu beliau lakukan dengan mengharap pahala dari Allah SWT semata.

Perlu diketahui, ‘Allamah Syam, Syaikh Muhammad Bahjat al-Baithar sebelumnya telah menyerahkan tugas mengimami Jami’ asy-Syuriji di al-Maedan kepada Syaikh kita, demikian juga dengan mengajar. Ini merupakan rekomendasi ilmiah tertinggi kepada syaikh kita, al-Arna`uth.

Beliau juga diangkat sebagai delegasi oleh Samahah asy-Syaikh Abdul Aziz bin Baz rah ke kawasan Balkan untuk berdakwah sejak empat puluh lima tahun lalu. Hal itu terjadi manakala keduanya berjumpa di Masjid Nabawi. Syaikh Bin Baz tertarik dengan ceramah yang disampaikannya dan merasa yakin bahwa ia menguasai bahasa Albania dengan baik.

Syaikh kita, al-Arna`uth aktif memberikan fatwa kepada masyarakat dan ikut memberikan solusi bagi permasalahan mereka. Tidak ada orang yang bisa menandingi beliau ketika itu selain Samahah asy-Syaikh Bin Baz. Semua orang dari berbagai penjuru Suriah mengambil fatwa darinya, terutama dalam masalah Talak di mana beliau berfatwa sesuai dengan pendapat Syaikhul Islam, Ibn Taimiah. Beliau terus berfatwa untuk seluruh lapisan masyarakat hingga beberapa bulan menjelang wafatnya.

Dapat dikatakan di sini, bahwa pintunya selalu terbuka buat para penuntut ilmu, sampai-sampai beliau tidak bisa mengatur waktunya dengan orang-orang yang berkepentingan dengannya.

Beliau juga sering bepergian untuk berdakwah, menyampaikan ceramah dan mengikuti berbagai seminar ke berbagai negara. Beliau memiliki hubungan yang kontinyu dengan para ulama kerajaan Arab Saudi dan lainnya. Aktifitas Ilmiahnya Beliau tidak terlalu konsern dengan dunia karya tulis. Di antara risalahnya yang paling masyhur adalah al-Wajiz Fi Manhaj as-Salaf ash-Shalih Wa Washaya Nabawiah. Namun Syaikh kita ini dikenal dan tersohor dengan berbagai Tahqiq-nya terhadap sejumlah buku. Bahkan beliau terrmasuk orang yang banyak melakukan hal itu di mana beliau telah menahqiq lebih dari 60 buku dalam berbagai disiplin ilmu keislaman. Barangkali di antara buku paling masyhur yang dikeluarkannya sejak 40 tahun lalu adalah Jami’ al-Ushul karya Ibn al-Atsir dalam 15 jilid. Buku itu hingga saat ini masih menjadi rujukan dan ensiklopedia cetak paling penting yang dicetak dan melayani ilmu hadits. Banyak para peneliti menukil putusan hadits yang beliau keluarkan di sana. Kitab inilah yang menjadikan Syaikh kita lebih dominan di bidang hadits.

Amal-Amal Beliau;

Syaikh menjabat Imam dan khatib di Masjid Jami Al-Arna'uth pada usia sekitar 20 tahun. Saat itu beliau dikenal oleh tetangga beliau Syaikh al-Albani tetapi belum ada hubungan ilmiah saat itu. Perlu diketahui bahwa Allamah asy-Syam Syaikh Muhammad Bahjat Baithar rahimahullah pernah menemuinya ketika menjabat sebagai Imam dan pengajar di masjid Jami' As-Syurbuji di Maidan, hal ini adalah tazkiah ilmiah yang tinggi pada beliau. Sebagaimana Samahatusy Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah mengutusnya untuk berdakwah di Balkan sejak empat puluh lima tahun yang lalu. Hal itu ketika beliau bertemu di Nasjid Nabawi.

Maka Syaikh takjub dengan perkataannya dan kemampuannya berbicara dalam bahasa albania.Syaikh Al Arna'uth sebagai mufti bagi manusia dan membuka pintukesulitan2 mereka, yang paling utama diantara mereka adalah syaikhbin Baz. Sampai bertanya padanya orang2 dari negeri suriah, terutamadalam hal thalaq, karena beliau menjawab menurut madzhab syaikhulIslam ibnu taymiyah.beliau turut pula safar dalam rangka da'wah, menghadiri ceramah umum,dan muktamar ke berbagai negara, serta mnejalin hubungan dengan paraulama saudi arabia.

Karya-Karya Ilmiah;

Di antara karya syeikh yang terkenal adalah Al-Wajiz Fi Manhaj Salafus Shalih Wal Washaya Nabawiyah. Beliau terkenal dengan tahqiq dan tashhih(penshahihan hadits)nya terhadap berbagai kitab. Beliau lebih dari 60 kitab dari berbagai ilmu islam, yang paling terkenaladalah yang telah terbit sejak 40 tahun lalu kitab Jami'ul ushulkarya ibnu Atsir sebanya 15 jilid. Kitab ini adalah peninggalanterpenting dan rujukan utama dalam ilmu hadits, banyak 'ulama danpenelaah menukil dari kesimpulan beliau disana. Kitab inilah yangmenjadikan beliau sangt terkenal dalam bidang hadits.Kitab lain yang terkenal seperti tahqiq terhadap Zaadul Ma'ad bersama Syaikh Syu'aib Arnauth. Selain itu tahqiq kitab seperti Al Adzkar AnNawawiyah, Zaadulmusayyar fil ilmi tafsir, Ghayatul muntaha, Al mubdi' Syarhul Muqni',Raudhatuth Thalibin, Jalaa'ul Afham, Misykatul mashaabih, Al kaafiilil muwaffiq, Raf'ul Malaam an aimmatil a'lam karya ibnu taymiyah, Mukhtashar Minhajul Qashidin, Fathul majid, Syarh Tsalatsatul musnad,Mukhtashar syu'abul iman, Al Furqan karya ibnu Taymiyah, dan banyaklagi.

Beliau juga banyak memberikan pengantar pada sejumlah buku, di antaranya Jamharah al-Ajza` al-Haditsiah.

Sifat Peribadi dan Akhlaknya;

Syaikh kita berkulit putih kemerahan, bermata biru, perang, agak tinggi dan tegap. Hal ini karena beliau mantan atlet di masa mudanya. Allah menjaga kesehatannya secara umum hingga malam wafatnya. Hanya saja, patah kaki yang dideritanya yang mempengaruhi kedua lututnya mengharuskannya menjalani operasi penggantian kedua sendi lutut setelah sekian tahun menderita. Lalu di akhir umurnya, beliau mengalami semacam ‘stroke’ ringan yang berpengaruh bagi wajahnya.

Syaikh al-Arna`uth juga sosok yang selalu ceria, pandai beranekdot dan berkelakar. Di antara sifat utamanya, ia tidak mengenal kata takabur dan tidak memandang dirinya beruntung. Secara fitrah, ia amat tawadhu’ dan ilmu yang dimilikinya menambah ia semakin tawadhu’. Dalam tanda tangan yang dibubuhkannya dan di sisi namanya, ia selalu menulis, “Hamba yang faqir kepada Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Kuasa, Abdul Qadir al-Arna`uth, Khadim (Pengabdi) ilmu hadits di Damaskus.”

Sekalipun demikian, beliau seorang yang kuat dan pemberani dalam menyatakan kebenaran dan membelanya. Banyak sekali sikap yang menunjukkan kegigihannya dalam membela as-Sunnah, menentang bid’ah dan kemungkaran para pelakunya.

Beliau juga seorang yang dermawan, pandai bergaul dengan masyarakat, selalu menghadiri undangan dan momen-momen yang diadakan mereka. Hanya saja, di antara perbedaannya dengan banyak tuan guru, bahwa beliau hampir tidak pernah walau sedetik pun membuang waktunya tanpa meminta petunjuk dan nasehat. Begitu duduk, ia dengan suaranya yang lantang dan fasih berkata, “Fulan dan Fulan meriwayatkan dari Abu Hurairah ra, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda….” Lalu beliau mengetengahkan sejumlah hadits yang sesuai dengan kondisi. Semua itu dibacanya dari hafalannya yang jitu, meriwayatkannya secara harfiah, bukan makna, dengan begitu fasih, bukan dengan mengulang-ulang atau terbata-bata.

Perkataan Para Ulama;

Syaikh Abdurrahman Syaghur memuji beliau seperti al-Albani .Hanya beliau tidak sepakat terhadap permasalahan ijtihadiyah seputar emas melingkar yang difatwakan al-Albani dan beberapa masalah ijtihadiyah lainnya. tetapi ini dalam perkara ilmu, Dalam masalah hati, beliau sangat mencintai dan memuliakan syaikh al-Albani, begitu pula syaikh Nashir Al albani mencintai dan memuliakannya.

Terlihat Syaiklh al-Albani membantahnya dengan keras, maka hal ini- yaa akhi-thariqah beliau yang terkenal dalam membela al-haq. jika berziarah ke Jordan, beliau berziarah ke Syaikh Nashir al-Albani, dan Syaikh al-Albani begitu juga, bahkan salah seorang tsiqat mengatakan bahwa Syaikh al-Albani ditanya kepada siapa orang akan dirujuk mengenai hadits setelah beliau, beliau menjawab: Syaikh Abdul Qadir al-Arna'uth.

Wafatnya Dengan Tanda 'Husnul Khatimah';

Beliau wafat di Damaskus, pada pagi Jumaat, 13 Syawal 1415 H sesuai kalender Suriah dan Ummul Qura, di Arab Saudi, atau 14 Syawwal berdasarkan ru’yah hilal di Arab Saudi.

Muhammad, anak Syaikh Abdul Qadir al-Arna`uth berkata, “Syaikh kita kemarin, Kamis, masih segar bugar, kemudian ia tidur. Tatkala ibunda saya hendak membangunkannya untuk shalat fajar, ia tidak menyahut. Kemudian ia menggerak-gerakkannya namun mendapatinya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sementara keningnya tampak berpeluh. Tidak ada keluarganya yang merasakan firasat apapun terhadapnya. Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un.”

Selepas solat Jumaat di Jami’ Zainal ‘Abidin, di jalan al-Maedan, beliau disolati dengan imam Syaikhul Qurra` di Syam, Syaikh Karim Rajih –hafizhahullah.- Sebelum solat, Jami’ tersebut telah disesaki jemaah. Demikian pula, jalan-jalan penuh sesak padahal suhu udara amat dingin. Sudah lama sekali, Damaskus belum pernah lagi menyaksikan suasana jenazah yang dihadiri ribuan orang seperti itu.

Kita memohon kepada Allah, semoga Syaikh kita mendapatkan Husnul Khatimah. Semoga di antara yang menjadi indikasinya, beliau wafat setelah bulan Ramadhan, dengan peluh yang tampak di kening, di hari Jum’at dan wafat dengan penuh ketegaran, kemuliaan dan kemantapan sekalipun beberapa waktu sebelum ajalnya, ia menghadapi banyak tekanan dan gangguan. Kita memohon kepada Allah agar menaungi beliau dengan rahmat-Nya, menggantikan bagi umat ini orang-orang semisalnya, serta meringankan penderitaan yang dialami keluarga, para murid dan handai taulannya. Sesungguhnya Dia Maha Pemberi Lagi Maha Mulia.

Semoga Allah merahmati syaikh kita dan menempatkannya di surganya nan maha luas.

Khamis, 1 Disember 2011

Imam Ibn Jarir al-Thabari (224-310H)


Memahami Al-Qur’an, teks yang berisi firman Allah, tak jarang memerlukan sebuah tafsir. Melalui tafsir kita mampu memahami apa yang dimaksud Allah dalam firman-Nya itu. Tak hairan jika di kalangan umat Islam muncul ahli-ahli tafsir dengan beragam karyanya. Melalui karya para ahli tafsir al-Quran masyarakat awam mampu memahami isi Al-Qur’an.

Salah satu ahli tafsir yang sangat berjasa ialah  Ibnu Jarir al-Thabari. Nama lengkapnya ialah Abu Ja’far Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Katsir bin Ghalib al-Thabari. Ia lahir di Thabaristan, daerah pegunungan Parsi pada 224 H.

Kecermelangan akal al-Thabari tercermin dari kegemarannya terhadap ilmu sejak ia masih belia. Pada saat berusia 8 tahun, ia sudah diberi kepercayaan menjadi imam bagi orang-orang dewasa. Bahkan, setahun kemudian ia menuliskan banyak hadits.

Ketika beranjak dewasa, rasa dahaganya akan ilmu telah menghantar al-Thabari pada jalan pengembaraan ke berbagai kota pusat ilmu. Ia mengembara ke Baghdad, Wasit, Bashra, Kufah, Fustat, Syria, dan Mesir.

Di setiap kota yang disinggahinya ia belajar ilmu dari ulama-ulama besar dalam bidangnya. Dalam bidang hadits, ia belajar dari ulama besar hadits, Muhammad bin Humaid ar-Razi. Dari gurunya itu, Thabari mampu menulis lebih dari 100 ribu hadits. Ia juga dapat menuliskan jumlah hadits yang sama dari guru lainnya, Abu Kuwait.

Perintis Sejarah Islam

Dalam bidang sejarah, ia tercatat sebagai perintis sejarah Islam. Ia mendapatkan gelar “ Bapa Sejarah Islam ” karena jasanya meretas jalan di bidang kajian itu. Ilmunya dalam bidang ini pun berhasil diabadikan dalam sebuah karyanya yang agung berjudul: Tarikhul Umam wal Muluk, ( Sejarah Umat-umat dan Para Rajanya ).

Tafsir al-Thabari- rujukan tafsir terkemudian;

Ilmu hadits, sejarah, dan al-Qur’an yang dikuasai menjadi modal bagi al-Thabari untuk menguasai tafsir Al-Qur’an. Ia tumbuh menjadi ahli tafsir yang menjadi rujukan dan melahirkan karya yang monumental. Tafsir Jami’ul Bayan  fit Tafsiril Qur’an, yang lebih dikenal dengan Tafsir al-Thabari merupakan referensi bagi ahli tafsir lain setelah masanya.

Dengan karya besarnya itu, kemudian al-Thabari mendapatkan julukan marja’ul maraji’ (induk para ahli tafsir). Ia adalah ahli tafsir awal yang karya tafsirnya sampai kepada masyarakat setelah masanya. Karyanya merupakan sebuah karya yang fenomenal.

Sebelum al-Thabari, memang banyak ahli tafsir yang lahir. Namun, karya mereka tak banyak ditemukan. Wajar saja jika semua ahli tafsir tak dapat memalingkan diri dari karya tafsirnya. Selain itu, Tafsir al-Thabari memiliki kualiti yang tinggi. Tafsirnya penuh dengan pijakan tafsiran Rasulullah (sunnah), pendapat para sahabat dan tabi’in serta tabi’ut tabi’in. Tafsir yang demikian lebih dikenal dengan tafsir bil ma’tsur, tafsir berdasarkan riwayat dan bukan tafsir bir-ra’yi yang berarti tafsir yang didasarkan akal dan pendapat pribadi.
al-Thabari memang memiliki kelebihan dalam beragam bidang. Kelebihannya ini membuat karya tafsirnya dianggap paling sahih dan hidup. Ahli tafsir ini amat menguasai sejarah, hadits maupun fikih. Bahkan dalam fikih ia mendapatkan gelar sebagai mujtahid mutlak. Layaknya para imam besar fikih perintis, seperti Imam Hanafi, Maliki, Syafi’i, dan Hanbali.

Karya tafsirnya dianggap sahih karena ia selalu menafsirkan suatu ayat dalam kitab suci dengan berpegang pada pendapat para sahabat dan tabi’in. Thabari selalu mencoba mencari pendapat yang kuat dengan memperlihatkan kekuatan dan kelemahan masing-masing dari berbagai segi. Kemudian ia akan mengambil pendapat yang paling valid dan argumentatif.

Sering ia menolak hadits untuk dijadikan argumentasi dalam sebuah penafsiran. Itu bila ia menganggap hadits tersebut lemah. Selain itu, juga karena hadits tersebut dianggapnya tak sesuai menjadi pijakan argumentasi dari suatu ayat yang ia tafsirkan.

Biasanya, al-Thabari mengambil langkah awal menafsirkan sebuah tafsir dengan mencari makna suatu ayat dari segi bahasa. Ia memahami arti lahiriah kata per kata. Untungnya, ia memiliki kemampuan dalam bidang bahasa dan sastra. Tahap selanjutnya, ia pun memasukkan aspek lain dalam melakukan penafsiran.

Dalam melakukan penafsiran, ia dikenal sebagai orang yang sangat hati-hati. Tak hairan jika karya tafsirnya dinilai berbobot dan mendapatkan kepercayaan yang besar. Terbukti, karya tafsirnya hingga kini menjadi bahan rujukan para penafsir kontemporer.

Ini terlihat dari komentar Syekh al-Islam Taqiyuddin Ahmad ibnu Taimiyah ketika diajukan pertanyaan tafsir mana yang lebih dekat kepada Al-Qur’an dan Sunnah. Ia menjawab dari semua tafsir yang ada, karya al-Thabari merupakan karya yang paling otentik. Dalam tafsirnya, al-Thabari memuat ajaran salaf dengan rangkaian sanad yang sahih.

Hal senada juga dilontarkan oleh Fuad Sezkin. Ia menaruh perhatian pada kesahihan sanad dalam Tafsir al-Thabari. Ini mengindikasikan bahawa ketika menuliskan tafsirnya, al-Thabari merujuk pada kitab-kitab yang telah ada lebih awal. Ini pun membantah gunjingan para orientalis bahawa Tafsir al-Thabari hanya berdasar pada cerita lisan.

Kehidupannya;

Meski dikenal khalayak melalui karya tafsirnya, al-Thabari adalah orang yang sederhana. Ia berusaha menjauhi kehidupan duniawi, dengan selalu mengembangkan kehidupan zuhud, wara dan tawadhu. Salah seorang muridnya, bernama Abu Bakran bin Kamil, pernah bertutur mengenai laku keseharian yang menunjukkan kesederhanaan ahli tafsir ini.

Bila musim panas tiba, al-Thabari hanya mengonsumsi kurma yang dicampur dengan minyak. Tempat tidurnya hanya beralaskan kain tipis. Biasanya, selepas shalat zuhur ia akan menulis hingga empat puluh halaman. Ini ia lakukan selama 40 tahun. Waktu ashar ia akan bergegas ke masjid untuk berjamaah kemudian mengkaji Al-Qur’an.

al-Thabari tak hanya menggunakan hidupnya untuk dirinya sendiri. Ia juga memanfaatkan kemampuannya untuk memberikan kontribusi nyata bagi masyarakat sekitarnya. Ia menyediakan waktu khusus mengajarkan ilmunya, yakni setelah menunaikan shalat maghrib hingga habis waktu isyak.
al-Thabari tak hanya memberikan manfaat bagi kalangan masyarakat pada masanya. Ia meninggalkan karya yang sangat bermanfaat dan menjadi rujukan kalangan masyarakat hingga kini. Hidupnya yang penuh manfaat berakhir di usia relatif tua. Ia wafat dalam usia 86 tahun pada tahun 310 H di Baghdad.
Sumber: Dialog Jum’at REPUBLIKA