Jumaat, 18 November 2011

al-Imam al-Ghazali ( 450 – 505H )

 
Nama lengkap al-Ghazali adalah Zainuddin Hujatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Ibnu Muhammad al-Ghazali al-Thusi. Beliau dilahirkan di kota Thus. di Khurasan, l0 batu dari kota Nisabur Parsi pada tahun 450H. Beliau belajar fiqih pada ulama Fiqih Syafi’i yang besar, Imam al-Haramain Abu al-Ma'ali al-Juwaini (wafat 478 H.) di neseri Nisabur. Parsi.

Imam Ghazali juga ikut mengajar di Pusat Pengajian Tinggi Syafi’iyah al-Nizhamiyah di Baghdad tahun 484 H.

Imam Ghazali seorang ‘alim besar. Majlis pengajiannya diberi nama oleh orang dengan julukan “Majlis 300 sarban besar”. Beliau, selain ahli fiqih juga ahli tasauf yang tak ada tandingannya ketika itu. Kitabnya dalam tasauf ialah Kitab Ihya Ulumuddin yang terkenal dan sekarang dipakai oleh seluruh ulama dalam dunia Islam.

Dalam fiqih Syafi’i beliau mengarang kitab-kitab al-Wasith, Al Basith dan al-Wajiz yang sampai sekarang terpakai pada sekolah-sekolah Syafi’iyah.

Imam Ghazali nrengarang kurang lebih 47 buah kitab dari pelbagai ilmu pengetahuan, bukan saja ilmu fiqih tetapi iuga ilmu usul fiqih, ilmu tasauf, ilmu filsafat, ilmu al Quran dan lain-lain. Imam Ghazali orang begitu luas dan dalam ilmunya, tetapi dalam fikih masih mengikut Imam Syafi’i, apalagi kita ini yang ilmunya boleh dikatakan tidak seberapa kalau dibanding dengan ilmu Imam Ghazali.

Di antara karya Imam al-Ghazali;

l.  Ihya Ulumuddin.
2. Tahafutul Falasifah.
3. al-Iqthisad fil I’tiqad.
4. al Munqidz Minad Dhalal.
5. Jawahiril Quriin
6. Mizanul ‘Amal.
7. Al Maqshadul Asna fi Ma’an asamil Husna.
8. Faisahlut Thariqah bainal Islam waz Zindiqah.
9. Al Qisthasui Mustaqim.
10. Al Mustazhari.
11. Hujatul Haq.
12. Mufshilul Khilaf.
13. Kimiyaus Sa’adah.
14. Kitabul Basith.
15. Al Wasith.
16. Al Wajiz.
17. Khulasatul Mukhtasar.
l8. Yaqutut Ta’wil fi Tafsirit Tanzil (40 jilid).
19. Al Mushtashfa.
20. At Mankhul.
21. Al Muntahal fi llmil Jidat.
22. Mi’yarul Ulum
23. Al Maqashid.
24. Al Madhanun.
25. Misykatul Anwar.
26. Mahkun Nadhar.
27. Tilbisu lblis.
28. Nashihatul Muluk.
29. Ad Durarul Fakhirah
30. Anisul Wahdah.
31. Al Qurbah llallah.
32. Akhlaqul Abraar.
33. Bidayatul Hidayah.
34. Al Arba’in fi Usuluddin.
35. Adz Zari’yah.
36. Al Mabaadi rval Khayaat.
37. Talbisu lblis.
38. Nashihatul Muluk.
39. Syifa’ul ‘Alim.
40. Iljamut ‘Awam.
41. Al Intishar.
42. Al’Ulumuddiniyah.
43. Ar Risalatul Qudsiyah.
44. Itsbatun Nadhar.
45. Al Ma’khadl.
46. Al Qaulul Jamiil.
47. Al Amaali.

Imam Ghazali telah meninggalkan nama dan jasa yang sangat berharga bagi ummat Islam seluruhnya. Beliau Wafat pada tahun 505H.


Sumber:
Sejarah dan Keagungan Madzab Syafi’i, karangan KH. Siradjuddin Abbas, Pustaka Tarbiyah, 1994.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan